projekmmoBerita

Lelaki berjaya cari mayat rakan lemas guna pancing

Sebuah bot pasukan bomba yang digunakan untuk mencari mayat mangsa lemas di lombong Kampung Kurnia Jaya, Kamunting 7 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/En Salleh Purtier PlacentaSebuah bot pasukan bomba yang digunakan untuk mencari mayat mangsa lemas di lombong Kampung Kurnia Jaya, Kamunting 7 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/En Salleh Purtier PlacentaKAMUNTING, 8 Dis ― Seorang lelaki menggunakan kemahirannya mengail untuk menjejak mayat rakannya yang lemas di dasar lombong di sini awal pagi semalam.

Lelaki 45 tahun itu, yang tidak dinamakan, berbuat demikian selepas hampir 12 jam operasi mencari mangsa digerakkan mulai 3.40 petang, lapor Sinar Harian.

Mayat Mohd Shah Rizal Ahmad, 31, dari Kampung Sungai Relung, tersangkut pada mata kail di lombong Kampung Kurnia Jaya pada jam 3.05 pagi.

Mangsa ke situ untuk mencari ulam daun selom sebelum berenang bersama seorang rakan lain, 41 tahun, di lombong semak itu tetapi mangsa tiba-tiba hilang.

Mayat dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, kata ketua polis Taiping Supt Razlam Ab Hamid. “Keputusan menunjukkan kematian mangsa akibat lemas,” katanya.

Pencarian sudah dihentikan jam 8.30 malam kerana suasana gelap tetapi lelaki itu menawarkan khidmat mencari mangsa dengan memancing di kawasan lemas.

Lagi Video di MMOTV