projekmmoBerita

Leka main telefon, ‘Rock Kapak’ cabul budak 10 tahun

Polis Klang Selatan menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki mencabul budak perempuan berusia 10 tahun. — Paparan skrin GooglePolis Klang Selatan menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki mencabul budak perempuan berusia 10 tahun. — Paparan skrin GoogleKLANG, 8 Feb — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dicabul ketika bermain telefon bimbit milik seorang lelaki warga emas.

Suspek, digelar 'Rock Kapak', 61 tahun, mencabul mangsa ketika memandu kereta ke rumah kanak-kanak itu di Taman Petaling di sini, lapor Kosmo!.

“Ketika dalam perjalanan pulang, suspek telah memberikan telefon bimbitnya kepada mangsa,” kata ketua polis daerah Klang Selatan.

“Dia dikatakan mengambil kesempatan mencabul mangsa ketika leka bermain telefon bimbit.”

ACP Shamsul Amar Ramli berkata kejadian berlaku selepas suspek bertemu bapa mangsa, baru seminggu kenal, di sebuah taman permainan Ahad lalu.

Katanya, lelaki tersebut meminta bapa mangsa pulang dahulu bersama anak bongsunya, sembilan tahun, manakala dia pula menghantar mangsa pulang.

Shamsul berkata suspek, pemandu lori, kemudian ditahan di sebuah gerai makan di Pelabuhan Klang, jam 12 tengah malam kelmarin dan direman hingga Isnin depan.

Suspek, bapa empat anak, ada rekod jenayah samun dan rogol serta pernah dipenjara sebelum dibebaskan pada 2015.

Lagi Video di MMOTV