projekmmoBerita

Lebur RM100,000 di tangan Datuk, pelakon diberi cek tendang

Pasangan pelakon Aeril Zafrel bersama isteri Wawa Zainal dan dua anak dalam satu gambar swafoto di Instragramnya. Pasangan pelakon Aeril Zafrel bersama isteri Wawa Zainal dan dua anak dalam satu gambar swafoto di Instragramnya. KUALA LUMPUR, 9 Okt — Harapkan perniagaan minyak wangi, akhirnya pelakon popular Aeril Zafrel hanya mampu berputih mata apabila RM100,000 lesap. 

“Jadi apa yang boleh saya buat hanyalah menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa,” katanya, yang telah membuat aduan polis, kepada Utusan Online.

Pelakon drama Zahir Tak Terucap berminat pada perniagaan itu setelah ada artis popular yang berjaya menghasilkan minyak wangi dengan pihak itu. 

“Tapi nampaknya ini pula yang saya dapat. Sudah beberapa bulan dia menghilangkan diri,” katanya lagi.  

Ingin menuntut kembali wang itu, Aeril memuatkan foto Datuk itu di Instagram. Lelaki itu pernah memberikan cek tetapi kedua-dua keping itu cek tendang. 

“Bila saya sudah membuat laporan polis, ada beberapa mangsa lain juga mengaku ‘dikencing’ setelah melaburkan wang ringgit kepada syarikatnya,” katanya. 

“Allah beri ujian untuk saya dan saya yakin ada hikmahnya. Mungkin ini juga adalah kifarah kepada dosa saya dan dosa isteri saya tanpa disedari.”

Isterinya Wawa Zainal juga seorang pelakon. Mereka dikurniakan dua orang anak.

Lagi Video di MMOTV