projekmmoBerita

Laung ‘Jahanam PAN’ melampau dan biadab, kata Amanah

Mujahid berkata hamburan dan cacian terhadap Amanah dan DAP sudah dijangka namun reputasi Pakatan Harapan tidak terjejas. — Foto oleh K.E. OoiMujahid berkata hamburan dan cacian terhadap Amanah dan DAP sudah dijangka namun reputasi Pakatan Harapan tidak terjejas. — Foto oleh K.E. OoiKUALA LUMPUR, 29 April ― Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan laungan ‘Jahanam PAN’ yang merujuk kepada parti itu kelmarin sebagai “kasar, melampau dan biadab”.

Naib presidennya berkata Amanah berasa dukacita apabila laungan tersebut datang dari sayap yang paling dihormati dalam PAS, lapor Sinar Harian.

“Bagi kita, ungkapan itu boleh dianggap melampau dan biadab.

“Amat mendukacitakan apabila ia diucapkan oleh salah seorang perwakilan dan disambut pula dengan laungan takbir.

“Jika Dewan Ulama yang paling dihormati boleh menggunakan perkataan kasar begini, sudah tentu pengikut di bawah akan mengikuti.

“Kalau ulama pun cakap begitu, ini menunjukkan keseluruhan PAS sudah diracuni dengan budaya tidak baik,” Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata.

Kelmarin, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah melaungkan perkataan itu sebelum memulakan ucapan alu-aluan di muktamar Dewan Ulama.

Mohd Rejab Md Akhir sebelum itu mengetuai bacaan ikrar disusuli takbir sebanyak tiga kali.

Mujahid berkata hamburan dan cacian terhadap Amanah dan DAP sudah dijangka namun reputasi Pakatan Harapan tidak terjejas.

“Mereka akan caci maki Amanah dan DAP, cuma satu saja mereka tidak akan maki iaitu Umno,” katanya. 

Lagi Video di MMOTV