projekmmoBerita

Lacurkan anak sendiri, ibu kandung didakwa

Seorang wanita ditangkap kerana melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun di Lawas. — Foto AFPSeorang wanita ditangkap kerana melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun di Lawas. — Foto AFPMIRI, 13 Okt — Seorang wanita yang ditangkap kerana melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun di Lawas, telah diperintahkan mahkamah untuk tidak menghubungi atau mendekati mangsa, sehingga kes selesai dibicarakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata arahan itu dikeluarkan oleh Majistret Kelas Kedua Keli Mareng hari ini di Lawas setelah ibu kandung remaja berkenaan didakwa di pejabat Daerah Lawas bersama seorang rakan wanitanya.

Rakannya turut menerima arahan sama.

“Kedua-dua tertuduh iaitu ibu berusia 30 tahun dan rakannya berusia 45 tahun tidak membuat sebarang pengakuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dev Kumar berkata kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Willie Liau dibenarkan oleh mahkamah ikat jamin sebanyak RM8,000 seorang dengan dua orang penjamin dan diarah melaporkan diri ke pejabat JSJ Lawas seminggu sekali.

Kedua-dua wanita berkenaan dituduh di bawah Seksyen 372 (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 15 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. — Bernama

Lagi Video di MMOTV