projekmmoBerita

Kubur pendakwah terpaksa dialih, elak jadi tempat puja

Kubur Nek Dayang berusia lebih 100 tahun dipindahkan kerana ia dijadikan tempat pemujaan. — Foto ihsan Facebook/Khairulazni BaharuddinKubur Nek Dayang berusia lebih 100 tahun dipindahkan kerana ia dijadikan tempat pemujaan. — Foto ihsan Facebook/Khairulazni BaharuddinMELAKA, 19 Mei — Kubur seorang pendakwah dan pejuang antipenjajah di Tanjung Kling terpaksa dialihkan kerana dijadikan tempat pemujaan nombor ekor.

Makam Nek Dayang, yang pernah disembunyikan agar tidak dapat dikesan Inggeris, di tengah bekas perkampungan etnik Hainan dianggap keramat, lapor Harian Metro.

Kewujudan makam itu sejak 1905 disedari orang ramai selepas penempatan etnik itu dikosongkan dan tapaknya diratakan pada 13 Mac lalu.

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memindahkan segera kubur itu bagi mengelakkan kegiatan pemujaan berterusan selepas kampung itu dikosongkan.

Seorang penolong pengarahnya Mohd Fauzi Jaafar berkata penggalian selama 30 minit berjalan lancar walau hujan renyai-renyai semalam.

Beliau berkata tulang sulbi, tulang pinggul dan batu nesan juga ditemui.

“Proses pemindahan dijalankan selepas kami mendapat kelulusan daripada Jabatan Mufti,” katanya.

Lagi Video di MMOTV