projekmmoBerita

Kritik sultan isu dobi, Zamihan direman dua hari

Walau menafikan, Zamihan Mat Zin disiasat bawah Akta Hasutan dengan dakwaan mengkritik sultan berhubung isu kedai dobi ‘Muslim sahaja’. — Paparan skrin video YouTubeWalau menafikan, Zamihan Mat Zin disiasat bawah Akta Hasutan dengan dakwaan mengkritik sultan berhubung isu kedai dobi ‘Muslim sahaja’. — Paparan skrin video YouTubeKUALA LUMPUR, 12 Okt — Penceramah agama Zamihan Mat Zin ditahan reman selama dua hari berhubung kenyataannya mengenai kedai dobi “Muslim sahaja”.

Pegawai Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu disiasat berhubung dakwaan mengkritik teguran sultan Johor pada pemilik kedai tersebut.

Seorang peguamnya Fakhrul Azman Abu Hasan mengesahkan kepada Malay Mail Online bahawa Zamihan, disiasat polis Dang Wangi, direman mulai hari ini.

Zamihan, seorang penceramah yang menangani isu militan Islam, yang ditahan semalam bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Beliau, presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), disiasat bawah Seksyen 4 Akta Hasutan berhubung ceramahnya di Shah Alam, Ahad lalu.

Zamihan didakwa mengkritik Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar berhubung isu kedai dobi kontroversi di Muar yang tidak menerima pelanggan bukan Islam.

Namun penceramah itu menyatakan beliau “sama sekali tidak menyebut nama Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.”

“Saya juga tidak menggunakan perkataan yang kasar, kesat atau elemen yang bersifat hasutan dalam ceramah berkenaan,” katanya lagi.

Lagi Video di MMOTV