projekmmoBerita

KM: Sarawak kata ‘tidak’ kepada pelarian Rohingya

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg menolak dakwaan kerajaan negeri membenarkan pelarian Rohingya masuk ke negeri itu. — Foto oleh Sulok TawieKetua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg menolak dakwaan kerajaan negeri membenarkan pelarian Rohingya masuk ke negeri itu. — Foto oleh Sulok TawieKUCHING, 13 Sept -- Ketua Menteri Sarawak menolak spekulasi negeri itu akan menyediakan tempat tinggal sementara kepada pelarian Rohinya dari Myanmar.

“Kita tidak akan berbuat demikian,” kata Datuk Abang Johari Openg ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pelarian Rohingya masuk ke Sarawak.

“Saya pun tertanya siapa yang memulakannya (spekulasi). Kita tidak mahu terlibat dalam isu ini.”

Minggu lalu menteri pendidikan, sains, dan kajian teknologi Datuk Seri Micheal Manyin berkata beliau membantah sebarang cubaan membawa masuk masyarakat Rohingya terutamanya ke daerah Serian dan Bau.

Beliau menjawab tulisan di media sosial yang mendakwa sejumlah warga Rohingya akan ditempatkan di kawasannya di Serian.

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV