projekmmoBerita

Kirim foto bogel, pegang payudara, pegawai SPRM ditahan

Polis Kulai menahan seorang pegawai SPRM yang disyaki mencabul seorang kerani. — Paparan skrin GooglePolis Kulai menahan seorang pegawai SPRM yang disyaki mencabul seorang kerani. — Paparan skrin GoogleKULAI, 9 Jan  — Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana mencabul seorang kerani termasuk memegang payudaranya.

Lelaki, 41 tahun, turut mencium mulut, menghantar mesej lucah dan foto separuh bogelnya kepada mangsa, lapor Harian Metro.

Mangsa, 43, kerani sebuah IPT di Johor, dicabul ketika “keluar makan” bersama suspek sekitar Senai, Johor, antara 20 September 2017 hingga 27 Disember tahun lalu.

Wanita itu, berkahwin, mengenali suspek menerusi WhatsApp apabila lelaki tersebut bertanya cara mendaftar subjek pengajian pada 20 September 2017.

Suspek, penuntut doktor falsafah (PhD), bertugas di Putrajaya, ditahan kira-kira jam 9 malam tadi di Majidee, Johor Bahru.

Ketua polis daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata telefon bimbit suspek dirampas ekoran laporan yang dibuat mangsa yang “tidak tahan” dengan perbuatan pegawai itu.

Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 509 kanun sama kerana mengaibkan kehormatan.

Lagi Video di MMOTV