projekmmoBerita

Khalid cabar Shahrir di JB? Tapi tiga lagi parti PH juga minat

Tan Sri Shahrir Samad mendakwa tidak menduga semua empat parti Pakatan Harapan (PH) berminat pada kerusinya. — Foto Bernama Tan Sri Shahrir Samad mendakwa tidak menduga semua empat parti Pakatan Harapan (PH) berminat pada kerusinya. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 2 Okt — Tan Sri Shahrir Samad, ahli parlimen Johor Baru selama beberapa penggal, mengalu-alukan adiknya bertanding mencabarnya. 

Namun, bekas menteri itu juga mengingatkan Khalid, pemimpin kanan Parti Amanah Negara (Amanah), mungkin terpaksa bersaing dengan parti dalam Pakatan Harapan.

Shahrir, yang baru dilantik pengerusi Felda, berkata selain parti adiknya, tiga lagi parti PH menunjukkan minat pada kerusi itu, selalunya ditandingi PKR.

“Saya tidak sangka JB menjadi begitu menarik kepada PH,” katannya, bekas menteri hal-ehwal pengguna, kepada Malay Mail Online melalui telefon. 

“Saya yakin pada persaingan dan pilihan kerana ini akan meningkatkan mutu perkhidmatan pada rakyat. 

“Barisan Nasional JB tidak melihat persaingan dan pilihan sebagai ancaman tetapi sebagai falsafah politik.” 

Shahrir sebelum ini dilaporkan tidak mahu mempertahankan kerusi itu tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta beliau kekal di situ. 

Shahrir berkata pembantu naib presiden PKR Rafizi Ramli juga kelihatan sekali-sekala bergerak di kawasan parlimen itu. 

Selain dikatakan ia diminati DAP, sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga dikhabarkan menyasarkan kerusi tersebut. 

Johor kini menjadi negeri tumpuan utama PH selepas berjaya mencipta kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum 2013. 

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV