projekmmoBerita

Khairy: Jangan kecam, Faiz Subri julang nama negara

Mohd Faiz Subri disambut Khairy Jamaluddin sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. — Foto Bernama Mohd Faiz Subri disambut Khairy Jamaluddin sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. — Foto Bernama SEPANG, 11 Jan — Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas Fifa 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Saya rasa yang bagi kritikan (terhadap kejayaan Faiz) ini, mereka tidak pernah menang anugerah peringkat dunia. Jadi sesiapa saja yang buat kecaman berkenaan benda yang remeh ini mungkin patut lihat kepada pengiktirafan yang Faiz sudah bawa kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan Mohd Faiz dari Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Beberapa pihak menerusi laman sosial, baru-baru ini menyifatkan jaringan cantik Mohd Faiz sebagai nasib selain mempersoalkan tindakan pemain berkenaan yang tidak memakai sepasang baju Melayu yang diberikan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk Majlis Anugerah Bola Sepak Fifa 2016, dua hari lepas.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula menyifatkan kejayaan Mohd Faiz sebagai bukan penanda aras baharu bola sepak negara yang turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak tanah air.

Jaringan menarik Mohd Faiz menerima undian sebanyak 59.46 peratus, sekali gus mengalahkan dua lagi calon - Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela iaitu 10.01 peratus.

Mohd Faiz melakar jaringan cantik menerusi sepakan percuma semasa

Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 16 Feb tahun lepas. — Bernama

Lagi Video di MMOTV

Reuters Video: Mexico president cancels US visit after Trump wall comments (01:09)

Mexican President Enrique Pena Nieto said on Thursday he had scrapped plans to meet Donald Trump next week. Havovi Cooper reports. — Reuters