projekmmoBerita

Ketua Jasa cabar DAP bawa Muhyiddin ke PAC isu NFC

Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian pada 2011 ada membuat penjelasan isu NFC dalam Jawatankuasa Kira-Kira (PAC). ― Foto oleh Saw Siow FengTan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian pada 2011 ada membuat penjelasan isu NFC dalam Jawatankuasa Kira-Kira (PAC). ― Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 14 Feb — Lim Kit Siang dicabar mendesak bekas menteri pertanian Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan isu Projek Fidlot Nasional (NFC).

Ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata pemimpin DAP itu pernah mendesak Muhyiddin menjelaskan isu itu pada jawatankuasa parlimen ketika isu itu ditimbulkan pada 2011, lapor Berita Harian.

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata Lim mendesak Muhyiddin, kini bersama pembangkang, menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Isu NFC muncul semula apabila pemimpin PKR yang mendedahkannya Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan atas kesalahan membocorkan maklumat bank.

Ahli parlimen itu bersalah bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan maklumat bank syarikat berkaitan NFC pada 2012. 

Puad turut membidas sikap berdiam diri Muhyiddin, juga bekas timbalan perdana menteri, dalam isu itu yang dimainkan semula pembangkang.

Puad juga mendakwa pembangkang "pilih kasih" apabila enggan menuntut penjelasan Muhyiddin, bekas menteri pertanian dan industri asas tani.

"Justeru, Muhyiddin dan pembangkang bukanlah sebenarnya pejuang ketelusan.

"Mereka adalah pakar manipulasi terhadap sesuatu isu mengikut selera kepentingan politik mereka," katanya kepada akhbar itu semalam.

Lagi Video di MMOTV