projekmmoBerita

Kes RM1.5 bilion: Lagi adik bekas menteri direman

Adik bekas menteri persekutuan itu ditahan SPRM malam tadi selepas memberi keterangan kes seleweng RM1.5 bilion. — Foto oleh Yusof Mat Isa Adik bekas menteri persekutuan itu ditahan SPRM malam tadi selepas memberi keterangan kes seleweng RM1.5 bilion. — Foto oleh Yusof Mat Isa KOTA KINABALU, 18 Okt — Adik bekas menteri ditahan reman empat hari bagi siasatan penyelewengan RM1.5 bilion projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Perintah reman terhadap individu kesembilan kes itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di sini hari ini, lapor portal Harian Metro.

Menurut Bernama, ahli politik itu ditahan kira-kira jam 8 malam tadi ketika datang ke pejabat suruhanjaya itu untuk memberi keterangan.

Setakat ini, dua beradik bekas menteri itu disiasat berhubung kes tersebut.

Di Sabah, empat lagi pemimpin politik termasuk Umno terlibat dalam siasatan tersebut. Dua ahli perniagaan, termasuk adik bekas menteri, juga disiasat.

Di Putrajaya pula, wanita 40 tahun yang juga bekas timbalan setiausaha di kementerian persekutuan pernah direman.

Penyelewengan dana RM1.5 bilion ini daripada peruntukan RM7.5 bilion pelbagai projek prasarana di negeri tersebut antara 2009 hingga 2015.

Lagi Video di MMOTV