projekmmoBerita

Kes liwat, rogol anak: Bapa hadapi 499 lagi tuduhan

Seorang bapa dihadapkan dengan 631 pertuduhan merogol, meliwat dan mencabul anaknya, 15 tahun, di mahkamah Putrajaya semalam dan hari ini. — Paparan skrin GoogleSeorang bapa dihadapkan dengan 631 pertuduhan merogol, meliwat dan mencabul anaknya, 15 tahun, di mahkamah Putrajaya semalam dan hari ini. — Paparan skrin GooglePUTRAJAYA, 10 Ogos — Lagi 499 daripada jumlah 631 tuduhan dibuat terhadap bapa yang didakwa merogol, meliwat dan mencabul anak remajanya lebih 600 kali.

Sejak petang semalam lelaki 36 tahun itu didakwa bawah beberapa seksyen Akta Kanak-Kanak, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Kanun Keseksaan.

Semalam beliau dilaporkan mengaku tidak bersalah atas 182 tuduhan merogol dan meliwat anak gadisnya, 15 tahun, sejak 1 Januari hingga 21 Julai tahun ini.

Agen unit amanah itu tiba di mahkamah di sini pukul 9 pagi tadi, menundukkan mukanya sepanjang masa, enggan fotonya dirakam wartawan.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan semua pertuduhan dibacakan.

Prosiding yang bermula 9.15 pagi tadi berhenti sebentar pukul 10 pagi selepas 120 pertuduhan liwat dibacakan, lapor portal New Straits Times.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan tersebut di sebuah pangsapuri di Sungei Way, Petaling Jaya.

Beliau dilaporkan berbuat demikian lebih 600 kali dalam tempoh dua tahun setelah bercerai pada 2015.

Lagi Video di MMOTV