projekmmoBerita

Kes Aliff guna cukai jalan Sarawak ‘jarang berlaku’

Usahawan kosmetik Datuk Aliff Shukri perlu melangsai baki caj RM49,000 tidak termasuk penalti dan hadir bersama Rolls Roycenya ke pejabat JPJ. — Foto ihsan Instagram/Aliff Syukri Terlajak LarisUsahawan kosmetik Datuk Aliff Shukri perlu melangsai baki caj RM49,000 tidak termasuk penalti dan hadir bersama Rolls Roycenya ke pejabat JPJ. — Foto ihsan Instagram/Aliff Syukri Terlajak LarisKUALA LUMPUR, 8 Jan — Kes usahawan kosmetik D’herbs menggunakan cukai jalan Sarawak di semenanjung “agak istimewa dan jarang berlaku”.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur berkata Datuk Aliff Shukri membayar caj 10 kali ganda lebih murah atau RM5,800 berbanding RM54,500 setahun.

Justeru, Ismail Mohd Zawawi mengarahkan Aliff melangsai baki caj RM49,000 tidak termasuk penalti dan hadir bersama Rolls Roycenya ke mana-mana pejabat JPJ, lapor Harian Metro.

“Pastinya apa yang terjadi memberi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menipu kawasan pengisytiharan cukai jalan,” katanya.  

Jika ingkar, katanya, pengasas produk itu bakal diheret ke mahkamah dan berdepan bayaran tambahan termasuk kenderaan akan disenarai hitam.

Kereta mewah yang didaftar bawah syarikat D’herbs Holding Sdn Bhd, disita dalam Op Patuh di Jalan Bangsar, pada 31 Disember lalu.

Lagi Video di MMOTV