projekmmoBerita

Kereta bawa ketum terbabas, lelaki lari tinggalkan kekasih

Polis Gerik menahan seorang wanita dan anak perempuannya selepas menemui 15 bungkusan plastik mengandungi daun ketum. — Paparan skrin GooglePolis Gerik menahan seorang wanita dan anak perempuannya selepas menemui 15 bungkusan plastik mengandungi daun ketum. — Paparan skrin GoogleGERIK,7 Ogos — Seorang lelaki membiarkan seorang wanita dan anak perempuannya di dalam kereta yang terbabas bagi mengelak dari ditahan polis.

Lelaki itu lari selepas tayar belakang kereta yang dipandunya rosak ketika dikejar kereta polis pada jam 6.15 pagi, lapor Utusan Online.

Timbalan ketua polis daerah Gerik berkata kereta yang dipandu lelaki itu memecut menghala ke Jeli walaupun diminta berhenti di Jalan Gerik-Jeli.

DSP Mohd Sohaimi Ishak berkata seorang wanita, 40, dan anaknya, 16, ditahan ketika cuba keluar dari kenderaan tersebut.

“Dua beranak itu ditahan dan pemeriksaan di dalam kenderaan menjumpai 15 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 500 kilogram yang dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya. 

Lagi Video di MMOTV