projekmmoBerita

Kerap mabuk, lelaki melecur disimbah petrol

Mangsa simbahan bahan api dilapor melecur 30 peratus tubuhnya. — Foto ihsan FacebookMangsa simbahan bahan api dilapor melecur 30 peratus tubuhnya. — Foto ihsan FacebookKUALA LUMPUR, Feb 13 ― Seorang lelaki disimbah petrol, bukan asid seperti dilaporkan, yang mengakibatkan belakang dan dua tangannya melecur.

Mangsa, 42 tahun, memancing bersama dua rakannya di bawah jambatan di Jalan Tun Sambanthan di sini sebelum disimbah bahan api itu.

Dalam kejadian 10 malam Ahad lalu, mangsa terjun ke sungai sebelum berenang ke tebing berhampiran dan tidur di situ hingga keesokannya.

Ketua polis daerah Dang Wangi berkata kejadian itu berlaku akibat suspek tidak berpuas hati tabiat mangsa yang dikatakan kerap mabuk.

ACP Shaharuddin Abdullah berkata tiga orang ditahan untuk siasatan. Polis juga menemui kesan petrol di lokasi kejadian.

Lagi Video di MMOTV