projekmmoBerita

Kerana watak jahat, Nadiyah Shahab diugut santau dan tumbuk

Pelakon Nadiyah Shahab diugut santau dan tumbuk gara-gara watak jahat dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu. — Foto ihsan Instagram/nadiyah.shahabPelakon Nadiyah Shahab diugut santau dan tumbuk gara-gara watak jahat dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu. — Foto ihsan Instagram/nadiyah.shahabKUALA LUMPUR, 15 Feb — Gara-gara berlakon watak jahat dalam Lafazkan Kalimah Cintamu, Nadiyah Shahab diugut santau dan tumbuk oleh pengguna Instagram.

Nadiyah, 27, berkata beberapa mesej yang dihantar pengikut Instagram menyebabkannya takut dan fobia, bimbang ia benar-benar berlaku, lapor Harian Metro.

“Sejak membintangi drama ini, saya makin takut dengan kelakuan pengguna laman sosial yang adakalanya bertindak di luar batasan.

“Saya bimbang seandainya perkara itu benar-benar berlaku terhadap diri saya,” katanya yang memegang watak Tengku Natasya.

Gadis kacukan Arab-Jawa itu berkata dirinya juga terpaksa mengambil langkah berhati-hati setiap kali keluar rumah.

Drama arahan Along Kamaludin ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada 10 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Ia turut dibintangi Datuk Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman dan Adibah Noor.

Lagi Video di MMOTV