projekmmoBerita

Keluarga saman jika seminar Amanah cemar nama Nik Aziz

Mohamad Sabu (tengah) ketika berucap di seminar pemikiran Datuk Nik Abdul Aziz anjuran Amanah di Kuala Lumpur, 9 April 2017. — Foto ihsan Facebook/Parti Amanah Negara Mohamad Sabu (tengah) ketika berucap di seminar pemikiran Datuk Nik Abdul Aziz anjuran Amanah di Kuala Lumpur, 9 April 2017. — Foto ihsan Facebook/Parti Amanah Negara KUALA LUMPUR, 10 April — Keluarga Datuk Nik Aziz Nik Mat menimbang untuk menyaman Parti Amanah Negara (Amanah) jika seminar pemikiran tokoh PAS itu mencemar namanya. 

Anak lelaki allahyarham, Nik Adli Nik Aziz, berkata peguam sedang meneliti ucapan dalam seminar pemikiran anjuran parti itu di sini semalam.

“Jika terdapat apa-apa tuduhan palsu atau kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Nik Aziz, maka kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga kesucian dan nama baik almarhum ayahanda kami,” katanya.

Kenyataan itu, turut dikeluarkan bagi pihak ibu mereka Tuan Sabariah Tuan Ishak, disiarkan dalam Facebook Nik Abduh Nik Aziz, ketua Pemuda PAS. 

Akhir bulan lalu, keluarga bekas menteri besar Kelantan itu, yang mesra dipanggil tuan guru, membuat laporan polis mendesak seminar itu dibatalkan.

Dalam ucapannya samalam, lapor Sinar Harian, presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan Nik Aziz pemimpin sejati, melihat masa depan dan tegas.

“Beliau berpandangan ke hadapan, sikap tersebut tidak selalu ada dalam seseorang pemimpin,” katanya, bekas seorang timbalan presiden PAS. 

“Dan semestinya hingga akhir hayat beliau tidak menerima Umno, tidak tahulah jika parti itu berubah setelah beliau meninggal dunia.”

Lagi Video di MMOTV