projekmmoBerita

Kelindan maut putus kaki dalam nahas dua lori

Kelindan lori, yang membawa muatan besi dan merempuh belakang sebuah lori rosak, maut setelah kakinya putus dalam nahas Km 43 Jalan Selangau-Tatau, 24 Nov 2017. ― Foto ihsan Facebook/JBPM Bahagian Pengurusan KorporatKelindan lori, yang membawa muatan besi dan merempuh belakang sebuah lori rosak, maut setelah kakinya putus dalam nahas Km 43 Jalan Selangau-Tatau, 24 Nov 2017. ― Foto ihsan Facebook/JBPM Bahagian Pengurusan Korporat

BINTULU, 24 Nov ― Seorang maut serta dua cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua lori di KM43 Jalan Selangau-Tatau awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mangsa yang maut ialah kelindan lori Andrew Mapang Juni,19, yang turut putus kaki kiri manakala kedua-dua pemandu lori berumur 46, dan 33, hanya cedera ringan.

“Kemalangan melibatkan dua lori dari arah yang sama, sebuah lori dipakirkan di tepi jalan kerana tayar pancit telah dilanggar dari arah belakang  oleh sebuah lori membawa muatan besi yang membawa mangsa serta dipandu lelaki berusia 33 tahun itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian dan kaki kirinya tersepit di tempat duduknya.

“Mayat kelindan sudah diserahkan kepada polis,” katanya sambil menambah bomba menerima panggilan pada 4.59 pagi dengan jentera sampai ke lokasi pukul 6.05 pagi dan operasi selesai 6.19 pagi. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV