projekmmoBerita

Kecewa kerajaan DAP, Adun mahu keluar parti

Teh berkata kepimpinan DAP menyedari hasratnya dan beliau tidak berhasrat untuk menyertai parti lain dalam Pakatan Harapan. — Foto oleh Opalyn MokTeh berkata kepimpinan DAP menyedari hasratnya dan beliau tidak berhasrat untuk menyertai parti lain dalam Pakatan Harapan. — Foto oleh Opalyn MokKUALA LUMPUR, 29 Okt — Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP berhasrat meninggalkan parti selepas kesal dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Saya tidak selari dengan kepimpinan parti. Tiada pembaharuan. Tiba masa untuk saya pergi,” kata Teh Yee Cheu seperti dilaporkan The Star.

Adun Tanjung Bungah itu berkata kepimpinan DAP menyedari hasratnya dan beliau tidak berhasrat untuk menyertai parti lain dalam Pakatan Harapan.

Teh minggu lalu kesal selepas bantahan penduduk serta hasil kajian pakar yang dibentangkan kepada kerajaan Pulau Pinang berhubung ancaman alam tidak dipedulikan.

Katanya, Tanjung Bungah dahulu dikenali sebagai kawasan hijau tetapi kini berdepan isu kemusnahan alam sekitar yang teruk disebabkan kerakusan projek pembangunan.

11 pekerja projek perumahan mampu milik baru-baru ini maut ditimbus tanah runtuh ketika kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit di Tanjung Bungah.

Lagi Video di MMOTV