projekmmoBerita

Karpal mahu Dr M ditahan, mampu Pakatan tunai, soal MCA

Karpal pada April 2013 berkata Pakatan akan menahan Dr Mahathir dan mendakwanya di mahkamah. — Foto oleh Choo Choy MayKarpal pada April 2013 berkata Pakatan akan menahan Dr Mahathir dan mendakwanya di mahkamah. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 17 Julai — Hasrat bekas pengerusi DAP Karpal Singh untuk menahan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kesampaian, kata setiausaha biro keharmonian agama MCA.

“Setahun sebelum beliau meninggal dunia, Karpal berjanji jika Pakatan berjaya ke Putrajaya, orang pertama yang akan ditahan ialah Dr Mahathir.

“Dengan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan, janji ini tidak akan tertunai,” kata Chris Daniel Wong dalam satu kenyataan hari ini.

“Sekiranya Pakatan menang dalam PRU14, adakah pembangkang akan mengheret pengerusinya ke penjara?” soal Wong merujuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Bernama pada April 2013 melaporkan, Karpal berkata Pakatan akan menahan Dr Mahathir dan mendakwanya di mahkamah.

Katanya, jika Pakatan memenangi PRU13, Dr Mahathir akan didakwa kerana menggelar ketua parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai rasis.

Lagi Video di MMOTV