projekmmoBerita

Kajian: Pengguna Facebook Lembah Klang hilang minat politik

Kajian Politweet menunjukkan pengguna Facebook dari Kuala Lumpur dan Selangor semakin tidak berminat dengan politik. ― Foto AFPKajian Politweet menunjukkan pengguna Facebook dari Kuala Lumpur dan Selangor semakin tidak berminat dengan politik. ― Foto AFPKUALA LUMPUR, 10 Okt ― Kajian menunjukkan pengguna Facebook dari Kuala Lumpur dan Selangor semakin tidak berminat dengan politik.

Ini kerana parti politik arus perdana kehilangan pengikut atas talian mereka sejak beberapa bulan lalu, kata kajian Politweet.

Laporan firma penyelidikan media sosial itu menyebut PAS, PKR, DAP dan Umno kehilangan pengikut sejak Mei hingga Julai 2017.

Kedudukan DAP sebagai parti politik paling buruk berikutan hilang 24 peratus pengikut di kedua-dua wilayah itu dalam tempoh tersebut.

“Kedua-dua negeri ini, kami mendapati mempunyai penyokong pembangkang yang kuat, jadi kehilangan itu cukup signifikan,” kata laporan itu.

BN pula berdepan tamparan hebat apabila kehilangan sokongan anak muda antara Oktober 2016 dan Januari 2017.

Dalam kalangan pengguna Facebook berusia 21 hingga 30 tahun, BN hilang 40 peratus peminatnya berbanding 25 peratus untuk pembangkang.

Bagi generasi berusia 13 hingga 20 tahun, BN kehilangan 48 peratus daripada peminatnya, berbanding pembangkang yang susut 40 peratus.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV