projekmmoBerita

Kajian buktikan senaman berat bagus buat perokok

Senaman membawa kesan mencegah radang kepada pengguna tembakau, mereka yang mudah terdedah pada masalah itu. — Foto AFP Senaman membawa kesan mencegah radang kepada pengguna tembakau, mereka yang mudah terdedah pada masalah itu. — Foto AFP LONDON, 9 Feb — Senaman berat selama sekurang-kurangnya sejam, dua atau tiga kali seminggu, boleh memulihkan kesan buruk pada paru-paru perokok.

Senaman berat itu ditakrif sebagai kegiatan jasmani yang mengeluarkan banyak peluh atau sehingga nafas tercungap-cungap, lapor AFP-Relaxnews.

Kesimpulan itu dicapai daripada kajian Institut Kesihatan Sejagat Barcelona (ISGlobal) terhadap 3,912 orang selama 10 tahun di 11 negara.

Peserta kajian berusia antara 27 hingga 57 tahun, termasuk bukan perokok.

Perokok yang aktif bersenam mempunyai fungsi paru-paru yang lebih baik berbanding perokok yang tidak aktif.

Mereka yang aktif di hujung kajian, termasuk mereka yang baru aktif bersenam, mempunyai fungsi paru-paru yang lebih baik daripada tidak aktif.

Pengarang kajian itu, terbit dalam jurnal Thorax, berkata dapatan mereka menunjukkan senaman sangat penting kepada para perokok.

Elaine Fuertes berkata senaman membawa kesan mencegah radang kepada pengguna tembakau, mereka yang mudah terdedah pada masalah itu.

Pengarang kanan Judith Garcia-Aymerich menambah, bukti ini boleh digunakan untuk mereka pertengahan usia agar bersenam bagi kesihatan paru-paru.

Baca seterusnya di Malay Mail.

Lagi Video di MMOTV