projekmmoBerita

Kaji selidik: PAS ‘paling corot’ jika lawan tiga penjuru

Umno tetap menjadi pilihan pengundi, diikuti PKR, jika wujud pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti. ― Foto oleh Saw Siow FengUmno tetap menjadi pilihan pengundi, diikuti PKR, jika wujud pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti. ― Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 25 April ― PAS akan muncul parti yang paling sedikit sokongan jika berlaku persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya, menurut satu tinjauan.

Malah parti itu berada di belakang serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) dan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menurut Invoke. 

Sementara Umno sentiasa mendapat sokongan popular dalam tinjauan itu oleh badan yang dipimpin naib presiden PKR Rafizi Ramli. 

Sebanyak 10,000 responden di seluruh negara terlibat yang mencerminkan demografi penduduk negara ini. 

Kira-kira 65 peratus responden terdiri Melayu atau bumiputera, 23 peratus Cina, 7 peratus India dan 5 peratus bumiputera bukan Islam.

Dalam dapatan tinjauan tersebut, yang dilihat Malay Mail Online, PKR muncul parti kedua yang menjadi pilihan ramai selepas Umno. 

Namun keputusan melibatkan pilihan responden terhadap DAP tidak dinyatakan.

Responden ditanya 40 soalan parti yang menjadi pilihan mereka pada pilihan raya umum nanti dan parti yang akan disokong jika berlaku persaingan tiga penjuru. 

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Lagi Video di MMOTV