projekmmoBerita

Jurutera maut, kereta terperosok bawah lori

Kenderaan yang dipandu seorang jurutera warga Korea Selatan terperosok di bawah lori perabot di Kilometer 226.1 Lebuhraya Utara Selatan. — Foto ihsan Facebook/DTTB Kenderaan yang dipandu seorang jurutera warga Korea Selatan terperosok di bawah lori perabot di Kilometer 226.1 Lebuhraya Utara Selatan. — Foto ihsan Facebook/DTTB TAIPING, 12 Jan — Seorang jurutera warga Korea Selatan maut selepas keretanya terperosok bawah lori muatan perabot dekat R&R Bukit Gantang semalam.

Kim Eun Koo, 44, maut di Kilometer 226.1 Lebuhraya Utara Selatan akibat cedera parah di kepala dalam insiden jam 7 pagi, lapor Harian Metro.

Mangsa, dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, merempuh belakang lori itu yang berhenti di tepi lebuh raya tersebut.

"Pemandu lori berusia 23 tahun yang tidak cedera direman untuk siasatan lanjut," kata ketua polis daerah Taiping ACP Mohamad Taib.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak pula berkata mayat Eun Koo tersepit di bahagian tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan.

"Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba," katanya.

Mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.  

Lagi Video di MMOTV