projekmmoBerita

Jurulatih: Faiz Subri ada kemahiran macam Beckham, tapi ...

Mohd Faiz Subri ketika berucap di pentas Anugerah Puskas Fifa 2016 di Zurich, 10 Januari 2017. — Foto Reuters Mohd Faiz Subri ketika berucap di pentas Anugerah Puskas Fifa 2016 di Zurich, 10 Januari 2017. — Foto Reuters CONNECTICUT, 11 Jan — Mohd Faiz Subri memang mempunyai kemahiran luar biasa, seperti pemain terkenal David Beckham, namun beliau harus kerja keras untuk terus maju, kata jurulatihnya.

Ashley Westwood juga berkata beliau masih ingat dengan bekas tonggak utama England itu yang berlatih selama berjam-jam, lapor portal ESPN hari ini.

“Mesej itu mungkin untuk semua pemain, termasuk Faiz. Jika anda mahu berada di atas dan tekal, anda mesti terus berlatih dan bekerja keras,” kata ketua jurulatih Pulau Pinang.

“Pemain-pemain hebat macam Beckham pun berbuat demikian setiap hari.”

Cabarannya sebagai jurulatih Faiz, kata Westwood lagi, untuk memastikan pemain 29 tahun itu mengulangi tendangan ajaib yang membolehnya menjulang Anugerah Puskas awal minggu ini.

Musim lalu, Faiz tidak menunjukkan prestasi baik bagi pasukan tersebut, yang hanya berada di tangga ke-10 Liga Malaysia daripada 12 pasukan.

“Faiz hanya berjaya menunjukkan teknik tendangan bebas itu sekali atau dua kali sewaktu latihan yang saya selia selama empat minggu,” kata Westwood.

Beliau mengakui pemain nombor 13 itu memang mampu berlari baik di padang dan boleh menggelecek pertahanan lawan tetapi harus mengekalkan prestasi itu.

“Tetapi untuk pergi setingkat lebih jauh, Faiz harus melakukannya lebih konsisten. Dia harus lebih cergas.

“Beliau harus menjadi ancaman berterusan sepanjang perlawanan, bukannya sekali sekala sahaja,” katanya.

Ketika menerima anugerah berprestij Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Isnin lalu, Faiz menyatakan hasratnya untuk bermain mewakili kelab Eropah.

Namun anak kelahiran Kedah itu belum begitu menonjol di Malaysia sendiri, lapor ESPN lagi.

“Jaringan ini tidak menjanjikan dia bersama pasukan kebangsaan tetapi saya harap ia akan merangsangnya untuk bermain lebih baik untuk musim 2017,” kata Datuk Ong Kim Swee,  jurulatih Harimau Malaysia.

Lagi Video di MMOTV

Bloomberg Video: Behind the wheel of the McLaren 570GT (05:00)

McLaren Automotive North America President Tony Joseph discusses the automaker’s sales surge and gives Bloomberg’s David Gura a look at the company’s new supercar. He speaks on “Bloomberg Markets.” ― Bloomberg