projekmmoBerita

Jual kosmetik tak mujarab, peniaga mati dikelar

Menjual produk kosmetik tidak mujarab punca seorang peniaga pasar malam maut dikelar leher pada 5 Januari lalu. ― Foto AFPMenjual produk kosmetik tidak mujarab punca seorang peniaga pasar malam maut dikelar leher pada 5 Januari lalu. ― Foto AFPSHAH ALAM, 15 Feb — Menjual produk kosmetik tidak mujarab punca seorang peniaga pasar malam maut dikelar leher pada 5 Januari lalu, kata ketua polis daerah Shah Alam.

ACP Baharuddin Mat Taib berkata beberapa lelaki Indonesia menemui Mohd Nor Syazrin Rasdi, 29, ketika mempromosi produk itu di tapak pasar malam Taman Sri Muda, Seksyen 25, Jun tahun lalu, lapor Sinar Harian.

“Berlaku pertengkaran sehingga membawa pergaduhan susulan suspek mendakwa barangan dijual oleh mangsa tidak mujarab.

“Kejadian itu telah disahkan oleh rakan mangsa yang berada semasa kejadian,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian kembali berniaga di lokasi sama dan berlaku lagi pergaduhan pada jam 9 malam hari kejadian.

Seramai 13 warga Indonesia termasuk isteri mangsa ditahan. Polis sedang memburu lelaki dikenali ‘Jumandi’ dan ‘Gandar’ bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lagi Video di MMOTV