projekmmoBerita

Jengkaut terbalik, pemandu mati terhempap

Anggota bomba berusaha mengeluar mayat pemandu jengkaut yang mati dihempap jentera itu. — Foto ihsan Facebook/Roselinda Mohd NoorAnggota bomba berusaha mengeluar mayat pemandu jengkaut yang mati dihempap jentera itu. — Foto ihsan Facebook/Roselinda Mohd NoorKUALA LUMPUR, 17 Mei — Seorang lelaki maut selepas jengkaut yang dipandunya terbalik dan menghempap dirinya di tapak pembinaan Jalan Kapas, Bukit Bandaraya di sini petang semalam.

Pegawai Bomba Kanan Salmi Abdul Mukti berkata lelaki tempatan berusia 31 tahun itu telah dikeluarkan pasukan bomba dengan bantuan pekerja tapak pembinaan daripada jengkaut itu dalam masa 10 minit kira-kira 5 petang tadi.

“Seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai terbabit dalam kerja-kerja menyelamat itu selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Salmi berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan dan mayatnya kini ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. — Bernama

Lagi Video di MMOTV