projekmmoBerita

Jemaah bersampan, harung banjir untuk solat Jumaat

Jemaah masjid tetap menunaikan solat Jumaat walaupun di dalam air bah ketika banjir melanda di Masjid Haji Wan Muda di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, 5 Januari 2018. — Foto BernamaJemaah masjid tetap menunaikan solat Jumaat walaupun di dalam air bah ketika banjir melanda di Masjid Haji Wan Muda di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, 5 Januari 2018. — Foto BernamaKEMAMAN, 5 Jan — Sebahagian 800 jemaah Masjid Haji Wan Muda, Bukit Mentok di sini, bersampan untuk menunaikan solat Jumaat.

Sebahagian lagi terpaksa mengharung banjir separas lulut untuk tiba ke masjid, lapor Kosmo!.

Imam Mustopa Othman, 60 tahun, bersyukur umat Islam setempat komited menunaikan solat Jumaat walau dilanda banjir.

"Saya lega masjid ini dapat melaksanakan solat Jumaat walaupun hampir keseluruhan perkarangan masjid dikepung dengan air banjir," katanya.

Beliau berkata solat itu pernah diadakan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok kerana keseluruhan masjid itu tenggelam pada 2013.

Lagi Video di MMOTV