projekmmoBerita

Jawatan presiden Umno, timbalan tidak dicabar

Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di majlis menaikkan bendera Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur 7 Disember 2017. — Foto oleh Miera ZulyanaDatuk Seri Najib Razak (tengah) bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di majlis menaikkan bendera Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur 7 Disember 2017. — Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 8 Dis ― Jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun depan.

Usul mengekalkan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, kini dipangku Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, disuarakan oleh tiga sayap parti kelmarin.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka hari ini, lapor Berita Harian.

Usul itu yang dicadang wakil Pemuda Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz disokong wakil Perak Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Ia dibahas oleh wakil-wakil negeri, Wanita dan Puteri. Ia diumumkan oleh pengerusi tetap Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Lagi Video di MMOTV