projekmmoBerita

Janji RM300,000, ‘Tan Sri’ tipu ‘dana pilihan raya’

Polis Seremban menyiasat dakwaan wanita ditipu oleh 'Tan Sri' yang menjanjikan pulangan lumayan RM300,000. — Paparan skrin Google Polis Seremban menyiasat dakwaan wanita ditipu oleh 'Tan Sri' yang menjanjikan pulangan lumayan RM300,000. — Paparan skrin Google SEREMBAN, 6 Sept — Demi mengaut untung RM300,000 dalam “projek dana pilihan raya”, wanita berputih mata apabila pulangan dihasratkan tidak kunjung tiba.

Anas Salmee Syed Mohamad, 49, diperdaya melalui Facebook oleh seorang lelaki yang mendakwa pesara polis yang bergelar “Tan Sri”, lapor Sinar Harian.

Ibu tunggal itu, yang inginkan wang untuk urusan niaga, dijanjikan pulangan sebesar itu dalam masa dua minggu jika melabur RM5,000.

“[...] namun sehingga hari ini dah masuk sebulan saya tunggu satu sen pun tak dapat,” katanya, yang memasukkan wang RM3,500 pada 4 Ogos lalu.

Menyedari telah ditipu lelaki itu, yang dikenali di Facebook, Anas Salmee membuat aduan di balai polis Jalan Chambell di sini pada 28 Ogos lalu.

Ketua polis Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata polis sedang menyiasat.

Lagi Video di MMOTV