projekmmoBerita

Janggal? AJL bukan maksiat, kata Iqram Dinzly

Pelakon Iqram Dinzly membuat penampilan mengejut di pentas Juara Lagu minggu lalu sewaktu penganjur leka. — Foto ihsan Intagram/Iqram Dinzly Pelakon Iqram Dinzly membuat penampilan mengejut di pentas Juara Lagu minggu lalu sewaktu penganjur leka. — Foto ihsan Intagram/Iqram Dinzly KUALA LUMPUR, 15 Feb — Tiada yang janggal menari di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana semua yang hadir mahu bergembira, kata Iqram Dinzly.

Pelakon 36 tahun itu berkata penampilannya bersama Juara Lagu Hael Husaini tiada beza dengan artis yang menari semasa slot irama 1960-an malam itu.

“Apa yang janggal? Apa bezanya? Habis semua yang bergembira di sana, ada bezanya? Pergi AJL buat apa? Bukan maksiat? Bukan haram?

“Ada yang melompat dan terkinja-kinja boleh pula?” soal Iqram ketika ditemui ProjekMMO selepas AJL ke-32 di sini.

 

 

Inilah namanya #Juara ! Walaupun #anakmuda , #penyanyialamaya , #celebrityouthviralevelinternational tetap boleh menyambut kemunculan #hijack #prinxchiqydinzly berlagak aksi seni di #Ajl32 baru baru ini . #Adab & #Adat dalam berseni . Kolaborasi #orangbaru & #oranglama harus terus berseni barulah dinamakan #sunnahwaljamaah bukan #syoksendiri dan jangan #lupadiri mahupun #hebatdiri . Inilah dinamakan #seni #jampi : #senijampi Bro bikin revolusi lagi ! #haelhusaini Tahniah bro @haelhusaini , teruskan langkah berseni dan jadikan diri seperti padi , semakin berisi semakin menunduk diri . Baru boleh jadi Penyanyi | Penghibur | Pendakwah Lelaki Camgini 👍 #singer #performer #malaysian #malaysia . 💛🇲🇾 Maaf sekiranya kehadiran tidak disenangi , namun bersyukor atas sambut aksi memberi #chemistry pun jadi , maka jadilah ia tersendiri . Gambar ini sebagai bukti . #Terimakasih Illahi ! 😜 Www.myneswhub.cc 🦁 berlangkah merak jawi berseni . Ada #berani ? Tembuckan Padu dalam Kelembutanassinafsu . #Allahu !

A post shared by Bawaabata.merebucks (@bawaabata.merebucks) on

 

Pelakon drama Dunia Baru mencuri peluang menari bersama Hael selepas “Jampi” dinobatkan Juara Lagu ke-32 hujung minggu lalu.

Beliau juga dilaporkan beberapa kali mahu membuat penampilan mengejut semasa persembahan Altimet namun sempat dihalang pihak produksi.

Iqram berkata apa yang dimahukan kini adalah sejumlah wang RM369,000 bagi meneruskan aktiviti perniagaannya.

“Sekarang ini saya perlukan duit dan penderma. Paling sedikit RM369,000 untuk bisnes," katanya, tanpa menjelaskan perniagaan tersebut.

"Syukur kalau ada yang hendak beri. Saya perlukan duit yang berkat."

Kegiatan lakonannya belum tertutup, namun enggan menggunakan nama sebenar.

“Ada saya cakap saya tidak mahu berlakon? Saya cakap saya matikan Iqram Dinzly, itu saja,” katanya.

Mengulas mengenai aksi peliknya di Instagram, Iqram berkata beberapa akaun media sosialnya pernah disekat sebelum ini.

Katanya, sekatan itu tidak sedikit pun menghalang usahanya menerbitkan video menggunakan akaun Instagram lain.

“Tiga akaun saya sebelum ini sudah disekat tetapi baru-baru ini saya dihalang daripada mengirim video. 

“Mereka pendekar hasad dengki. Saya sudah biasa semua itu sejak kecil lagi orang tidak puas hati. Saya terima saja dengan reda,” katanya.

Lagi Video di MMOTV