projekmmoBerita

Jalan raya runtuh di Sandakan, empat kereta remuk

Empat kenderaan remuk selepas jalan raya konkrit yang dilalui runtuh di Kampung Prosperous, Sibuga di sini  hari ini. ― Foto ihsan Facebook/Media DTTBEmpat kenderaan remuk selepas jalan raya konkrit yang dilalui runtuh di Kampung Prosperous, Sibuga di sini hari ini. ― Foto ihsan Facebook/Media DTTBSANDAKAN, 28 Dis ― Empat kenderaan remuk selepas jalan raya konkrit yang dilalui runtuh di Kampung Prosperous, Sibuga di sini hari ini.

Keempat-empat kenderaan itu dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan di kampung berkenaan apabila bahagian jalan yang dilalui mereka runtuh, bagaimanapun semua pemandu dan penumpang kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, keempat-empat kenderaan dalam perjalanan dari arah Gereja Basel Jalan Lintas Sibuga menuju ke rumah pengantin lelaki di kampung itu.

Katanya semasa berbaris melalui jalan di sebelah kiri, tiba-tiba bahagian jalan itu runtuh menyebabkan keempat-empat kenderaan tersebut terjatuh ke bawah anak bukit.

Beliau berkata siasatan mendapati, jalan raya persendirian yang dibina di kampung itu sudah terlalu lama dan rapuh menyebabkan tidak dapat menampung berat kenderaan yang lalu. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV