projekmmoBerita

Jalaluddin Hassan hadiah kerusi urut buat isteri baru

Datuk Jalaluddin Hassan duduk di atas kerusi urut Gintell sebagai duta produk itu dalam satu acara promosi. — Foto ihsan Instagram/Jalaluddin HassanDatuk Jalaluddin Hassan duduk di atas kerusi urut Gintell sebagai duta produk itu dalam satu acara promosi. — Foto ihsan Instagram/Jalaluddin HassanKUALA LUMPUR, 10 Nov — Kerusi urut dijadikan satu daripada beberapa hantaran pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan kepada bakal isterinya.

Duta produk kerusi itu, 63 tahun, berharap ibu tunggal Rapidah Abd Ghani, 44, menggunakan kerusi itu untuk melegakan keletihan, lapor mStar Online.

Kerusi urut bernilai RM20,000 antara lima dulang daripada Jalaluddin untuk perkahwinan keduanya di Masjid Bandar Tun Hussein Onn pada Ahad ini.

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat,” katanya.

Jalaluddin, yang kematian isteri yang disayanginya, dilantik duta kepada Gintell, jenama produk kesihatan termasuk kerusi urut.

Mengadakan majlis sederhana dan tidak bersanding, beliau mahu menziarahi pusara isterinya Hashimah Mad Ehsan sebelum akad nikah.

Isteri pelakon veteran itu meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit. 

Lagi Video di MMOTV