projekmmoBerita

Jakim: Pihak ketiga Sajat halang kenal pasti identiti

Jakim mendakwa ada pihak ketiga dari Nur Sajat menghalang prosedur mengenal pasti identiti sebenar usawahan itu. — Foto ihsan Instagram/Nur Sajat02Jakim mendakwa ada pihak ketiga dari Nur Sajat menghalang prosedur mengenal pasti identiti sebenar usawahan itu. — Foto ihsan Instagram/Nur Sajat02PETALING JAYA, 14 Feb — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa ada pihak ketiga dari pihak Nur Najat menghalang prosedur pengesahan identiti sebenar usahawan itu.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” kata penolong pengarah kanan cawangan sosial Jakim Dr Mohd Izwan, lapor mStar Online.

Pakar menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dari bahagian pembangunan keluarga sosial dan komuniti Jakim berkata pihaknya masih cuba memujuk Nur Sajat.

“Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” katanya. 

Pada pertemuan 19 Januari lalu, Nur Sajat didakwa bersetuju untuk melalui beberapa proses untuk pengesahan identiti secara rasmi bagi menjawab persoalan masyarakat. 

Beliau turut menafikan Jakim sudah mengesahkan identiti Sajat seperti dakwaan seorang penulis blog melalui strim video secara langsung di Facebook Selasa lalu.

“Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,” kata Izwan.

Lagi Video di MMOTV