projekmmoBerita

Izzue: Rezeki tetap luas walau tidak sentuh wanita

Yakin rezeki masih terbuka dalam dunia seni, Izzue Islam meletakkan syarat tidak menyentuh pelakon wanita. ― Foto ihsan Instagram/Izzue IslamYakin rezeki masih terbuka dalam dunia seni, Izzue Islam meletakkan syarat tidak menyentuh pelakon wanita. ― Foto ihsan Instagram/Izzue IslamKUALA LUMPUR, 2 Dis ― Rezeki pelakon Izzue Islam tetap ada walau mensyaratkan setiap lakonannya tidak membabitkan babak menyentuh wanita.

“Sejak mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita, rezeki saya tetap terbuka luas,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Meletakkan syarat itu sejak mendirikan rumah tangga pada 2013, pelakon 27 tahun itu lega apabila penerbit dan pengarah memahaminya.

“Mereka menghormati pendirian saya, malah sentiasa berbincang untuk mencari pendekatan terbaik jika terpaksa melakonkan babak romantik,” katanya lagi.

 

Kamu permaisuriku, kamu cinta matiku 🐮 #MuzikTiduranku

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on

Syarat tidak menyentuh pelakon wanita itu untuk “tidak mensia-siakan kepercayaan isteri, keluarga serta peminat”, tambahnya.

Izzue, anggota kumpulan Forteen, baru selesai penggambaran filem XX Ray 3 arahan Aziz M Osman yang dibuat di Jordan dan Malaysia.

Beliau akan menampilkan lagu terbaru Solo, selepas Sahabat dan Bimbang

Lagi Video di MMOTV