projekmmoBerita

Izin pesta arak? Azmin mahu Utusan mohon maaf

Datuk Seri Azmin Ali mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan terhadap Utusan Malaysia berhubung isu pesta arak. ― Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Seri Azmin Ali mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan terhadap Utusan Malaysia berhubung isu pesta arak. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 25 Sept — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan terhadap Utusan Malaysia.

Ini kerana, akhbar berbahasa Melayu itu mendakwa bahawa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri tersebut, lapor Malaysiakini.

Dalam kenyataan, pejabat menteri besar Selangor berkata laporan muka depan akhbar itu hari ini “tidak benar” dan “mengelirukan orang ramai”.

“Kami mencabar Utusan Malaysia untuk mengemukakan bukti bahawa beliau berkata demikian,” kata satu kenyataan.

Menteri besar itu menuntut penarikan balik tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia.

Akhbar itu memaparkan tajuk utama “Azmin benar pesta arak” dengan tajuk kecil “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas”. 

Lagi Video di MMOTV