projekmmoBerita

Isu tikus atau lipas: Peminat anggap ‘Line masih Clear’ di Kg Baru

Peminat nasi kandar cita rasa Line Clear beratur panjang di restoran LC Kg Baru di Kuala Lumpur, 16 Mac 2017. — Foto oleh Yusof Mat Isa Peminat nasi kandar cita rasa Line Clear beratur panjang di restoran LC Kg Baru di Kuala Lumpur, 16 Mac 2017. — Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 16 Mac — Isu kebersihan restoran Line Clear di George Town tidak menjejaskan peminat setia jenama nasi kandar tersebut di Kampung Baru di sini.

Tinjauan ProjekMMO tengah hari tadi mendapati pelanggan masih tetap beratur panjang  bagi mendapatkan makanan masing-masing.

Rasyeqa Hanim Muhammad Johar, 32, berkata penutupan premis selama dua minggu di Penang Road tidak menghalangnya buat pertama kali menikmati keenakannya bersama rakan pejabat.

"Saya ada baca tentangnya tetapi bagi saya tidak ada kesan. Setakat ini saya berpuas hati dengan hidangan dan suasana restoran," katanya.

Isnin lalu, Line Clear diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan dan dikenakan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas mendapati premis itu dicemari tikus dan lipas.

Berita tikus dan lipas tidak menyekat Rasyeqa Hanim menikmati nasi kandar cita rasa ‘Line Clear’ di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Berita tikus dan lipas tidak menyekat Rasyeqa Hanim menikmati nasi kandar cita rasa ‘Line Clear’ di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Namun Bala Murugan, 40, tetap memandu dari Bangsar di sini ke Kampung Baru untuk merasai nasi kandar popular itu — dibuka setahun lalu susulan perpecahan keluarga pengusaha asal.

"Walaupun rasanya ada sedikit berbeza dengan di Pulau Pinang tetapi saya rasa orang ramai masih datang beratur kerana jenamanya yang dikenali ramai," katanya.

Namun ada juga pengunjung setianya yang berpendapat berita warung Line Clear dicemari membawa kesan pada cawangan serpihannya Restoran LC Kampung Baru.

Walau anggap rasanya berlainan daripada Line Clear di George Town, Bala Murugan tetap menikmati nasi kandar di Kampung Baru.Walau anggap rasanya berlainan daripada Line Clear di George Town, Bala Murugan tetap menikmati nasi kandar di Kampung Baru.Hakimi Sabri, 26, berkata berdasarkan pemerhatiannya isu itu sedikit sebanyak terkesan apabila melihat tidak ramai pelanggan datang menikmati juadah pada waktu tengah hari seperti biasa.

"Terkejut juga tengok restoran ini biasanya pukul 1 begini semua meja penuh sehingga tiada tempat duduk tetapi hari ini masih ada yang kosong.

"Saya fikir mungkin ada kaitan dengan isu cawangan di Pulau Pinang," katanya, yang mengunjungi restoran itu hampir setiap hari.

Hakimi Sabri, pengunjung setia LC Kg Baru, berpendapat isu warung tercemar boleh menjejaskan imej kedai nasi kandar.Hakimi Sabri, pengunjung setia LC Kg Baru, berpendapat isu warung tercemar boleh menjejaskan imej kedai nasi kandar.Pemilik Restoran LC dalam sidang media hari ini memberi jaminan tahap kebersihan premisnya terjamin dan tiada kaitan dengan Line Clear di Pulau Pinang.

Bagi membuktikannya, Salim Madinah mengajak pelanggan menjenguk dapur mereka untuk menilai sendiri kualiti kerja perniagaannya.

Lagi Video di MMOTV