projekmmoBerita

Isu sampah, MDT guna sepanduk sindir penduduk

Majlis Daerah Tumpat (MDT) menggunakan ayat sindiran bagi menegur penduduk yang tidak mengendahkan amaran tidak membuang sampah. — Foto ihsan Facebook/Majlis Daerah TumpatMajlis Daerah Tumpat (MDT) menggunakan ayat sindiran bagi menegur penduduk yang tidak mengendahkan amaran tidak membuang sampah. — Foto ihsan Facebook/Majlis Daerah TumpatTUMPAT, 7 Ogos — Majlis Daerah Tumpat (MDT) menggunakan ayat sindiran bagi menegur penduduk yang tidak mengendahkan amaran tidak membuang sampah.

Menggunakan loghat Kelantan, sepanduk yang menular di media sosial antaranya “bakpo gak payoh sangat nok tohok sampah dale tong?” (Kenapa susah sangat nak buang dalam tong?)

Yang Dipertuanya berkata MDT terpaksa berbuat demikian berikutan cara formal tidak diendah sekaligus ia membolehkan mereka menilai “perangai” sendiri.

“Sindiran begitu juga bukan untuk menyelar penduduk atau merendah-rendahkan mereka, sebaliknya untuk mereka berfikir,” kata Rosnazli Amin.

Beliau berkata, banyak sepanduk seumpama itu dipasang di kawasan tong sampah di sekitar daerah itu selain lokasi tumpuan ramai.

“Alhamdulillah, selepas sepanduk itu dipasang dua bulan lalu, sudah ada perubahan dan penduduk lebih peka untuk membuang sampah dengan betul,” katanya.

Penduduk, Mohd Redzuan Idris, 31, mengakui kata-kata sindiran sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.

Lagi Video di MMOTV