projekmmoBerita

Isu di Twitter: Siswa UiTM dipaksa sertai acara Umno?

Pekerja membuat persiapan acara sempena sambutan ulang tahun Umno ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 Mei 2017. ― Foto oleh Yusof Mat IsaPekerja membuat persiapan acara sempena sambutan ulang tahun Umno ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 Mei 2017. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 11 Mei — Tiada arahan kepada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar menyertai perhimpunan sambutan ulang tahun Umno ke-71 malam ini.

"Sesiapa boleh datang. Ini karnival terbuka. Tiada arahan [kepada UiTM]," kata ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa kepada Malay Mail Online. 

"Ini kawasan awam. Jika UiTM mahu sertai, tiada masalah."

Dakwaan itu tersebar di Twitter apabila beberapa penuntut UiTM mendakwa mereka dipaksa menyertai program "sukarelawan patriotisme" di stadium Bukit Jalil.

Timbalan ketua Angkatan Muda PKR Dr Afif Bahardin pula menerima mesej WhatsApp kakitangan UiTM berhubung acara sama.

Pemimpin Umno Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, yang juga ahli lembaga pengarah UiTM, percaya dakwaan arahan itu palsu dan direka untuk mencalar imej UiTM.

* Berita seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV