projekmmoBerita

Isu agihan kerusi akan selesai segera, kata Azmin

Datuk Seri Azmin Ali yakin isu isu pengagihan kerusi di Selangor selesai dalam masa terdekat melalui semangat kekeluargaan. — Foto ihsan Choo Choy MayDatuk Seri Azmin Ali yakin isu isu pengagihan kerusi di Selangor selesai dalam masa terdekat melalui semangat kekeluargaan. — Foto ihsan Choo Choy MayPUCHONG, 5 Feb — Datuk Seri Azmin Ali memberi jaminan isu pengagihan kerusi di Selangor dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Menteri besar Selangor berharap isu yang mengakibatkan pergeseran terbuka parti dalam Pakatan Harapan, tidak lagi berbangkit, lapor Sinar Harian.

“[...] kerana saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Ia boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu turut menganggap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad agar ia diselesaikan segera sebagai nasihat yang baik.

“Apa yang penting soal agihan kerusi ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya, juga timbalan presiden PKR.

Baru-baru ini, isu pengagihan kerusi DUN di negeri itu mencetus tuduh menuduh terbuka antara pemimpin PKR dan Parti Amanah Negara.

Susulan itu Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu lalu memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikannya. 

Lagi Video di MMOTV