projekmmoBerita

Isteri terkejut Norizman tiba-tiba mahu anak ke sekolah tahfiz

Bekas juara lumba motor Norizman Ismail berpesan supaya anak sulungnya dihantar ke sekolah tahfiz. ― Foto ihsan Instagram/norizman19Bekas juara lumba motor Norizman Ismail berpesan supaya anak sulungnya dihantar ke sekolah tahfiz. ― Foto ihsan Instagram/norizman19KEMAMAN, 7 Mei ― Bekas juara Cub Prix sempat menyuarakan hasrat supaya anak sulungnya dihantar belajar ke pusat tahfiz, sehari sebelum terlibat kemalangan di litar lumba kelmarin.

Nurul Aida Adha Radhuan, 27, berkata beliau terkejut dengan pesanan suaminya, Norizman Ismail, 32, kerana sebelum ini arwah mahu Muhammad Rizman Irfan Norizman, 7, mengikuti sekolah aliran kebangsaan.

“Walaupun terkejut sebab arwah ubah fikiran secara tiba-tiba, tapi saya sangat setuju dengan permintaannya demi masa depan anak kami juga,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Aida berkata Norizman juga menunjukkan perubahan sikap dua minggu lalu namun tidak menyangka ia petanda suaminya akan pergi buat selamanya.

Pelumba Yamaha ONEXOX TKKR Racing meninggal dunia selepas kemalangan di selekoh semasa sesi ujian masa CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Persatuan Automobil Malaysia (AAM) Petronas di Bandar Baru Kijal, di sini.

Jenazah juara kelas perdana Cub Prix 2005 dan 2011 itu dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Sendayan, Negri Sembilan.

Lagi Video di MMOTV