projekmmoBerita

Isteri ‘curang sembilan tahun’ minta suami bayar tebusan RM5,000

Polis Klang Utara menahan seorang wanita yang meminta tebusan RM5,000 daripada suaminya. Turut ditahan teman lelakinya dan kakak iparnya. ― Paparan skrin GooglePolis Klang Utara menahan seorang wanita yang meminta tebusan RM5,000 daripada suaminya. Turut ditahan teman lelakinya dan kakak iparnya. ― Paparan skrin GoogleKLANG, 15 Nov ― Seorang isteri “curang” mendakwa dirinya diculik seorang lelaki dan meminta tebusan RM5,000 daripada suaminya.

Namun siasatan polis mendapati wanita itu melarikan diri kerana ada hubungan dengan lelaki terbabit, lapor Kosmo!.

Ketua polis daerah Klang Utara berkata suami wanita itu mengesan isterinya tiada di tempat kerja ketika menjemputnya, 4.30 petang Jumaat.

ACP Mazelan Paijan berkata namun pada pagi esoknya, suami wanita itu dihubungi seorang lelaki mendakwa menculik isterinya dan memohon tebusan RM5,000.

Beliau berkata susulan laporan polis lelaki itu, pihaknya menahan seorang wanita, 40-an, sekitar Kapar jam 9.30 pagi kelmarin,

“[Wanita itu] membawa kepada penemuan isteri pengadu di hadapan sebuah restoran di Jalan Meru di sini kira-kira dua jam kemudian,” katanya.

“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah, pada pukul 3.15 petang.”

Mazelan berkata siasatan mendapati wanita itu melarikan diri bukan diculik dan ada hubungan cinta dengan suspek selama sembilan tahun.

“Wanita pertama yang ditahan itu merupakan kakak ipar suspek yang dikatakan memberi perlindungan kepada isteri pengadu,” katanya.

Suspek lelaki direman empat hari sejak kelmarin. Suspek wanita pula diserah kepada IPD Kuala Selangor kerana ada kes di daerah itu. Kes disiasat bawah 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Suami isteri itu berkahwin selama 20 tahun dan ada seorang anak, 11 tahun. Wanita itu ada dua anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Lagi Video di MMOTV