projekmmoBerita

Inspektor khayal dadah, separuh bogel di tandas wanita

Paparan skrin rakaman video menunjukkan seorang inspektor yang hanya berseluar dalam di tandas wanita. — Video insan Facebook/DTTBPaparan skrin rakaman video menunjukkan seorang inspektor yang hanya berseluar dalam di tandas wanita. — Video insan Facebook/DTTBALOR SETAR, 9 Ogos — Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditemui hanya berseluar dalam “boxer” di tandas wanita di pusat beli-belah Aman Central di sini.

Lelaki berusia 32 tahun itu turut menunjukkan kad polis kepada wanita yang mengesan kehadirannya di situ, lapor Kosmo!.

Ketua polis Kedah berkata lelaki tersebut dipercayai khayal akibat pengaruh dadah ketika ditahan polis jam 12.30 tengah malam kelmarin.

Datuk Asri Yusoff berkata satu paket ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.62 gram ditemui pada suspek yang berasal dari Kuching, Sarawak.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati inspektor polis itu positif syabu,” katanya, dengan menambah suspek direman seminggu.

Rakaman video gelagat suspek di tandas menular di media sosial.

Semakan akhbar itu mendapati suspek bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

JIPS berfungsi memantau penugasan anggota polis supaya mematuhi piawaian tugas dan menjaga integriti.

Lagi Video di MMOTV