projekmmoBerita

Inflasi meningkat lagi, 5.1 peratus pada Mac

Penunggang motosikal berbaris untuk mendapat petrol percuma di stesen Caltex di Tikam Batu, Kedah, 20 Februari 2017. Kenaikan harga minyak meningkatkan lagi inflasi pada Mac. — Foto ihsan Facebook/Abdul Ghani Haron Penunggang motosikal berbaris untuk mendapat petrol percuma di stesen Caltex di Tikam Batu, Kedah, 20 Februari 2017. Kenaikan harga minyak meningkatkan lagi inflasi pada Mac. — Foto ihsan Facebook/Abdul Ghani Haron KUALA LUMPUR, 19 April ― Inflasi meningkat lagi kepada 5.1 peratus pada Mac, kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun sejak November 2008. 

Peningkatan tinggi itu disebabkan asas kiraan rendah dan kenaikan harga bahan api berbanding tahun sebelumnya, lapor Reuters

Pada Februari, kenaikan harga barangan pengguna mencecah 4.5 peratus.

Inflasi bulan lalu ketara jika dibandingkan purata selama ini sebanyak 3 peratus tetapi bank pusat tidak akan bertindak selagi harga minyak dunia stabil, kata ahli ekonomi UOB Julia Goh. 

Bank Negara Malaysia bulan lepas menyatakan inflasi negara akan mencapai antara 3 hingga 4 peratus tahun ini.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Lagi Video di MMOTV