projekmmoBerita

Hwa Beng minta maaf kes PKFZ berakhir tanpa dalang

Datuk Lee Hwa Beng ‘memohon maaf’ siasatan yang diarah untuk membongkar skandal PKFZ berbilion ringgit gagal mencari dalang. — Foto oleh Choo Choy MayDatuk Lee Hwa Beng ‘memohon maaf’ siasatan yang diarah untuk membongkar skandal PKFZ berbilion ringgit gagal mencari dalang. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 17 — Bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) memohon maaf  selepas siasatan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berakhir tanpa dalang bertanggungjawab.

Datuk Lee Hwa Beng, yang dipecat daripada MCA pada 2013, kesal kerana “menghabiskan dana awam” bagi membongkar skandal ini tetapi tiada siapa bersalah di mahkamah.

“Saya terpaksa memohon maaf kepada pembayar cukai kerana membelanjakan ribuan ringgit demi membayai kos perundangan dan lain-lain,” katanya kepada Malay Mail Online.

Bekas wakil rakyat Subang Jaya itu turut memohon maaf kerana menghabiskan masa ramai anggota penguatkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan tersebut.

“Saya sendiri terpaksa mengorbankan banyak masa. Saya hadir banyak kes mahkamah sejak lima tahun ini,” katanya, yang mengetuai PKA antara 2008 hingga 2011.

Beliau menulis buku mengenai skandal tersebut, yang menelan bilion ringgit, PKFZ: A Nation’s Trust Betrayed.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV