projekmmoBerita

Hujan, petir landa barat Semenanjung petang ini

Hujan beserta ribut petir dijangka melanda negeri-negeri di barat Semenanjung petang dan awal malam ini. — Foto AFP Hujan beserta ribut petir dijangka melanda negeri-negeri di barat Semenanjung petang dan awal malam ini. — Foto AFP KUALA LUMPUR, 3 Sept ― Hujan dan ribut petir dijangka melanda kebanyakan negeri terutama pada waktu petang hingga awal malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jurucakapnya berkata keadaan dijangka berlaku di bahagian pantai barat Semenanjung iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor selain di sebahagian Pahang dan Kelantan.

“Keadaan itu berikutan wujudnya pertembungan angin arah barat daya dan angin timuran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jabatan itu turut menjangkakan hujan pada sebelah petang di sebahagian kecil kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV