projekmmoBerita

Hujan berterusan, paras air empangan di Cameron Highlands masih normal

Hujan lebat tanpa henti menyebabkan berlakunya insiden tanah runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands semalam. — Foto oleh Saw Siow FengHujan lebat tanpa henti menyebabkan berlakunya insiden tanah runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands semalam. — Foto oleh Saw Siow FengCAMERON HIGHLANDS, 26 Dis — Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet, Cameron Highlands berada pada paras normal walaupun hujan tanpa henti dilaporkan berlaku semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Zainal Yusoff berkata setakat ini keadaan di tanah tinggi itu terkawal walaupun beberapa insiden tanah runtuh dan banjir kilat dilaporkan berlaku semalam terutama di Tanah Rata.

"Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik dan paras air empangan juga normal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hujan tanpa henti selama sehari semalam menyebabkan paras empangan berkenaan mencecah 1068.5 meter iaitu melebih paras normal iaitu 1068.3 meter.

Zainal berkata penduduk kawasan sekitar empangan iaitu Lembah Bertam akan hanya diarah berpindah sekiranya paras empangan mencecah 1069.8 meter.

Sementara itu, cuaca di sini ketika ini dilaporkan baik. — Bernama

Lagi Video di MMOTV