projekmmoBerita

Hendak cari burung, jumpa tengkorak manusia

Tengkorak manusia ditemui dua remaja ladang kelapa sawit Staponal, Kuala Krai 7 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/Info Road Block JPJ PolisTengkorak manusia ditemui dua remaja ladang kelapa sawit Staponal, Kuala Krai 7 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/Info Road Block JPJ PolisKUALA KRAI, 8 Dis ― Dua remaja menemui tengkorak dan lapan tulang manusia berselerakan sewaktu melastik burung di kebun sawit Staponal di sini semalam.

Muhammad Aiman Hakimi Yusri, 15, dan Muhammad Nur Azlan Shakri, 15, menemui seunit telefon dan topi di kebun itu dekat Bukit Jong 9.30 pagi, lapor Kosmo!.

“Saya keluar rumah bersama sepupu dan terus masuk ke dalam kebun untuk melastik burung. Kami tidak menyangka akan menjumpai tengkorak,” kata Aiman.

Sementara ketua polis Kuala Krai percaya serpihan tulang berselerakan dari lokasi tengkorak ditemui kerana dibawa anjing dari tempat lain.

“Tengkorak dan tulang itu akan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaaan lanjut,” kata Supt Abdullah Roning. 

Seorang wanita Rohaiza Mohd Zain, 37, mendakwa tengkorak itu milik bapa saudaranya berdasarkan penemuan topi dan telefon bimbit itu.

Wanita dari Kampung Sepuluh, Sungai Durian itu berkata bapa saudaranya, 30-an, gagal dihubungi sejak hampir sebulan yang lalu.

“Saya berharap identitinya segera dikesan polis,” katanya.

Lagi Video di MMOTV